DCAM-CON 22 merupakan seminar yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia kesinambungan dari kejayaan seminar pertama yang telah diadakan pada tahun 2021 iaitu DCAM-CON21.Seminar ini bertujuan untuk mengumpulkan pengiat-pengiat seni kreatif digital dan menganjurkan bengkel-bengkel kemahiran serta penkongsian kejayaan serta pengalaman dari pengiat industri kandungan kreatif ke generasi pencipta kandungan kreatif yang baru.
Sempena minggu Festival Filem Malaysia kali ke 32 yang akan berlangsung di Melaka, DCAM akan turut serta untuk menganjurkan siri –siri bengkel serta majlis ilmu. Siri-siri bengkel ini akan menampilkan tenaga pengajar dari pencipta-pencipta konten yang berpengalaman serta masih aktif didalam lapangan industri seni kreatif.
Mereka akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka berkonsepkan ‘TED TALK’ (technology, entertainment and design), di mana modul pembelajaran berdasarkan testimonial dari kejayaan tenaga pengajar DCAM-CON22 ini. Seminar selama 2 hari yang akan berlangsung di Auditorium, MITC, Melaka dan mempunyai dua kategori slot ceramah iaitu penyertaan peseta iaitu terbuka dan tertutup
Powered By
Supported By
Borang Penyertaan
Terima Kasih
Penyertaan anda sedang diproses. Kami akan menghubungi anda melalui email untuk langkah seterusnya.